Wednesday 31 October 2012

KeRaNa Si DiA aLLaH DiPeRsIa..Astagfirullah Al Azim

khas buat diriku dan teman-teman :)

Sms, call dan chattng siang malam akhirnya mengheret si dara dan si teruna yang saling merindu dan bercinta untuk berdating..  awalnya sekali sahaja..kemudian berkali-kali..

“ayang..abang sanggup lakukan apa sahaja untuk ayang..”janji  si teruna..

“ayang juga sanggup serahkan jiwa dan raga untuk abang..” balas si dara dengan wajah berbunga-bunga..

“jika benar kata ayang..ape buktinya??”

Sudah!!

Kuat sekali magnet teruna dan dara. Tidak hairanlah Allah melarang menghampiri zina sama ada dengan hati, lisan ataupun perbuatan, apatah lagi berzina.. sama ada sengaja ataupun tidak.. bercinta sebelum kahwin amat terdedah kepada “ nyamuk2 ikhtilat”..(pergaulan bebas yang menghampiri zina..


Pernahkah kata dan janji seindah teruna dan dara kita lafazkan kepada Pencipta cinta ?? bukankah dia yang terlalu mencintai kita lebih berhak mendapat cinta kita ? dimanakah Allah di hati kte??


Fahamkah Kita Apa Itu Cinta?

Semua orang tahu bahawa cinta teragung itu ialah cinta kepada Allah.. mencintai sesuatu itu pula mestilah kerana Allah.. tetapi, kenapa “pengetahuan” yang sudah sedia tersebar itu masih menyaksikan ramai manusia mensiakan peraturan cinta oleh-Nya?? Ya, manusia sering tahu secara tepat tetapi tidak jelas..


Apa itu cinta?? Apakah pula yang patut kita faham tentang cinta?
Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah mencoret dalam catatannya Rawdah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Mushtaqin(Taman orang yang cinta dan rindu) bahawa ada lebih 60 istilah yang dikaitkan dengan cinta..

Antaranya ialah al-mahabbah(kasih sayang), al-tatayyum(perhambaan), al-sabwah(rindu yang cendorong kepada kebodohan) , al-ishq(asyik), al-hawa(keinginan) dan banyak lagi..

Daripada 60 istilah yang pelbagai ini, cinta boleh diibaratkan kepada tiga kiasan:

(1) Ada kalanya cinta menjadi seperti singa dan pedang..

Cinta ini menjadikan yang hina menjadi mulia, yang miskin menjadi kaya jiwa, yang               kaya menjadi dermawan dan yang melarat menjadi terhormat. Inilah cinta yang ALLAH reda iaitu cinta kepada Allah , Rasulullah , ilmu , keluarga, perjuangan dan seumpamanya.


(2) Ada kalanya cinta menjadi bencana besar.

Mengundang 1001 akibat, sengsara, derita, dan penyesalan. Cinta inilah yang menjatuhkan se0rang pemimpin hebat  seperti Bill Chilton kerana seorang wanita bernama  Monica Lewinsky. Begitu juga cinta ini merosakkan populariti si Raja Golf Dunia, Tiger  Woods kerana skandal seksnya dengan ramai wanita..


(3)  Ada kalanya juga cinta menjadi seperti arak yang memabukkan..

Khayal dan tenggelam. Hilang arah dan pedoman. Inilah cinta sebelum pernikahan . cinta ini banyak ditagih oleh anak-anak muda pada zaman ini. Keasyikan mereka membuatkan akal yang mabuk tidak mampu menikmati lazatnya nasihat.


Cinta Fitrah

Prof. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya al-Islam  wa al-hub  menulis: “cinta itu ialah kecenderungan kepada sesuatu.” Wujudkah manusia sihat yng tidak cenderung kepada sesuatu?


Rasa minat ,kagum, rindu, teringat,suka,cinta dan sayang kepada seseorang ialah fitrah setiap insane. Perasaan indah ini singgah mengusap di setiap hati. Tiada siapa terkecuali. Itu petanda seseorang itu normal dan sihat. Fitrah ini akn tetap fitrah apabila ia berhias istighfar dan mujahadah.


Soal cinta amat akrab dengan soal  hati . oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang  rasa suka , cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rase ingin selalu berbalas sms, call dan kerap berjumpa.


Setiap dosa besar bermula dengan dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula pada dosa  hati.

Tidak hairanlah Rasulullah dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah berdosa.


Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a berkata, Rasulullah  s.a.w bersabda yang bermaksud: “wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah . sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada Allah 100 kali setiap  hari.” (riwayat muslim)


Daripada Abu Hurairah , dia berkata,aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “demi  Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu harilebih daripada 70 kali.” (riwayat al-Bukhari)


Cinta  fitnah

Hati yang menjadi raja kepada jasad  boleh mengarahkan anggota badan seperti lidah, tangan , kaki, mulut, telinga untuk bertindak bertentangan dengan panduan syariat. Apabila lisan dan perbuatan mula melaksanakan arahan hati, ketika inilah fitrah menjadi fitnah.


Fitrah boleh dinodai serakah. Walaupun hati akur bahawa  fitrah cinta ialah anugerah Allah, ironinya, hati juga ingkar bahwa fitrah cinta itu ada peraturannya daripada Allah. Apa-apa yang ALLAH haramkan , dilakukan. Apa-apa yang ALLAH perintahkan, ditinggalkan. Demi cinta , segalanya menjadi “halal” belaka. Kerana si dia, ALLAH dipersiakan..


Urusan antara lelaki dan perempuan pada asalnya dibolehkan. Namun, ramai orang yang beralasankan “urusan” untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang. Call,sms, dating,chatting tanpa urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya antara teruna dan dara”
 

“dah  makan ke???”
“tengah buat apa tu??”
“esok nak pakai baju warna ape??”
“dah tidur ke??”


Adakah ini dikatakan urusan ??perlukah berurusan dengan soalan-soaln ini??
Bukankah ini boleh mengheret seseorang kepada langkah seterusnya??
Adakah ini boleh membawa seseorang makin ingat atau pun sebaliknya makin lalai kepada ALLAH.??

Wallahu’alam..


Cinta Barakah

cinta fitrah yang dipelihara kesuciannya  akan berbuah barakah.  Barakah itu mungkin di dunia , mugkin juga diakhirat. Lebih indah jika barakah itu pada keduanya sekali, di dunia dan akhirat.


Orang yang mempersiapkan diri dengan peribadi Muslim insya-Allah akan dianugerahkan bait al-Muslim(rumah tangga muslim). Orang yang berusaha menjadi soleh, insya ALLAH akan dimudahkan ALLAH mendapat orang yang solehah..


Cinta yang barakah akan terus bersemarak  indah dalam ikatan nikah .ia melengkapkan separuh agama . namun andai tiada jodoh di dunia, cinta fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk lazatnya  “reda” pada ketentuan-nya..


Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia  Cuma alat untuk lebih mudah mendapat cinta-nya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau tidak, ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapat cinta ALLAH. Dialah sebenarnya hakikat cinta..!!
 
 

Sunday 28 October 2012

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH.

 
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
- ha, ini lah hikmah nya, kadang-kadang orang duk berleter kata itu tak adil ini tak adil, tapi dsetiap disebalik yang berlaku pasti nya ad hikmahnya yang tersendiri... sebenarnya, Allah nak suruh kita belajar from all the mistaken.. kadang-kadang bila kita jumpa je the right person utk diri kita, kita terus rakus tanpa mengingati Allah, 
so bila Allah dah rancang macam ni, so nanti, bila kita jumpa the right person, nanti kita akan ingat, o0o0ohhh,, Allah sebenarnya nak bagi yang lebih baik utk diri aku sebenarnya...huhu.. ha,
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
- menjadi penilai yang bukan pengeji... Allah buat semua ini, untuk kita ni menjadi penilai, yang mana baik yang mana buruk, kadang-kadang Allah menemukan kita dengan seseorang tu, dalam pelbagai cara dan bentuk, cuma kita sebagai manusia, kene pandai menilainya, either itu adalah rahmat atau ujian...
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
- ha, ini most important jugak, nanti kalau kita dah jumpa orang yang salah, kita akan sentiasa ingat kat Allah supaya bagi yang terbaik untuk diri kita, Allah itu maha pengasih, dia tak nak semua makhluknya, sesat.. so dia bagi sedikit ujian untuk mengembalikan kita on the right way... 
so bila berlaku sesuatu itu, jangan mudah melenting, sebaliknya, muhasabah diri kita balik ya... kalau kita ingat Allah, insyaAllah Allah banyak kali ingat kat hamba-hambaNya..
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan
- setiap orang dalam dunia ini, Allah dah tentukan jodoh masing-masing, so tak perlu nak risau, cuma kita je perlu untuk mencari nya... and jangan kita tak usaha pulak untuk mencari jodoh itu, kerana jodoh tidak akan mengetuk pintu bilik kita untuk mencari tuannya..
kita hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang, kadang-kadang kita rasa dia yang terbaik untuk kita, tapi sebenarnya Allah dah sediakan lagi terbaiikk untuk diri kita, so bila kita ditinggalkan o having some problem ngn seseorang smpai kene break off tu, maknanya Allah, nak bagi yang lebih terbaik untuk diri kita.
kan Allah itu maha pemurah, so banyakkan meminta kepadaNya, jangan sombong k..
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
- ya , ini penting juga.. pengalaman, we learn from pengalaman.. kadang-kadang tak semua orang akan merasa apa dia yang kita rasa.. so satu advance kat diri kita bila Allah menguji kita dengan menemukan kita dengan orang yang salah.. bukan saje2.. tapi adalah untuk mengajar kita the path of life... yeaahh..


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
- jiwa yang hebat.. ~!!! itu yang kita cari... jika jiwa kita lemah bagaimana nak membimbing orang lain apabila kita sudah berkahwin kelak... kematangan jiwa itu, harus kita pupuk daripada sekarang, bukan nanti dah kahwin, ooh,, baru nak pupuk...
from now began.. so on your mark get set, and goo.. mulakan mencari kematangan dan kehebatan jiwa anda..~~!!

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
-ya kawan-kawan.. cinta yang satu hanya MILIK ALLAH, dialah pemilik segala cinta... dia yang menciptakan cinta dan kasih sayang, so Dialah cinta yang terbaik mesti dan pasti ada padaNya, so semua.. apa tunggu lagi.. jangan duk nak semak2 nak cari cinta manusia....
tapi cari cinta Allah, insyaAllah, Allah akan memberikan cinta yang terbaik untuk diri kita..

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
- ya, betul tu.. ALLAH nak kita kenal siapa kita di muka bumi Allah ini.. dan mahu kita kembali kepada fitrah kehidupan kita... kehidupan is tooo short.. memang manusia menjadikan umu sebagai kayu ukur dalam menilai kehidupan, tapi sebnarnya, hidup ni tak lama, dan tak selamanya kekal..
so sementara kita masih diberi kesempatan untuk hidup lagi ini, bersyukurlah, dengan sgala nikmat, dan letak kan setinggi kepergantungan kita kepada Allah..
dalam urusan mencari cinta, carilah cinta yang Agung dahulu, insyaAllah kita akan bertemu dengan cinta manusia.. usaha itu penting, jangan hanya duduk di bilik, berdoa, tetapi tiada usaha..
thats itss...
Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

Sunday 21 October 2012

Adakah cinta kita dibalas dengan cinta????

Kita semua mempunyai perasaan sayang dan cinta.  Itu lumrah manusia.  Malah ia sifat fitrah yang telah ALLAH wujudkan di dalam diri setiap manusia.  Cinta sesama manusia, cinta kepada harta, cinta kepada tanahair, cinta kepada kerjaya dan sebagainya.
Pernah kita kadang-kadang dikecewakan.  Cinta yang mendalam melahirkan sakit yang mendalam tatkala dikecewakan.  Tiada makhluq yang sempurna keadaan.  Cinta pasti melahirkan kekecewaan.  Jika sepanjang cinta tidak pernah melahirkan kecewa, pasti di hujung usia ia datang juga untuk mengecewakan.  
Mustahil kecewa tidak datang menjenguk diri.  Ia mungkin datang sekejap dan pergi.  Ia mungkin sekadar mencederakan hati.  Sembuh kembali.  Atau mungkin juga sehingga membunuh hati.  Pokoknya, kecewa dan cinta datang bersekali.
Namun, ada satu cinta yang apabila kita meletakkan cinta, cinta itu tidak akan mengecewakan kita.  Yang mana kita rela berkongsi cinta.  Cemburu cinta tidak pernah menjelma.  Nyaman dan tenang mendamaikan jiwa.  Kecewa tiada.  Cinta berbalas adalah suatu yang nyata.
Cinta apa itu?  Itulah cintakan ALLAH!
33984122716453l
Tempat dan kedudukan cinta kita di sisiNYA terbela.  Bagaimana cinta kita kepadaNYA, sebanyak itu jugalah cintaNYA kepada kita.  DIA meletakkan kita sebagaimana kita meletakkanNYA.  Malah, mungkin lebih dari apa yang kita sangka. 
Sedangkan mencintai makhluq, kita belum tentu dapat merasai kenikmatan seumpama itu.  Belum tentu apabila kita cinta makhluq 100%, dia juga cintakan kita sebanyak itu.  Belum tentu.  Tidak tahu.
Cinta kepada makhluq, kita mesti menjaganya.  Tetapi cinta kepada ALLAH, ALLAH menjaga kita.  Cinta kepada makhluq yang tidur atau berjauhan, kita tidak dapat berhubung dengannya, tetapi cinta kepada ALLAH adalah cinta yang berhubungan sentiasa.  Cinta kepada makhluq melahirkan rindu dan tangisan yang kadang-kadang mendatangkan sengsara.  Tetapi cinta kepada ALLAH melahirkan rindu dan tangisan kepuasan yang menenangkan jiwa.
Jika orang bertanya tentang cintaku kepada makhluq, “Kau cintakan dia.  Tetapi adakah dia cintakan kau?”  Aku jawab, “Ya, barangkali.”
Tetapi jika orang bertanya tentang cintaku kepada ALLAH, “Kau cintakan DIA.  Tetapi, adakah DIA cintakan kau?”  Aku jawab, “Ya, DIA mencintaiku, pasti.” 
Berbaloi bukan?  Justeru, mana cinta wajar menjadi keutamaan?
(Cinta Allah dapat diraih dengan menunaikan hak-hakNya dan demikian juga cinta manusia dapat diraih dengan menunaikan hak-haknya dan memperlakukan mereka secara adil dan baik. Mendapat cinta Allah adalah tujuan utama seorang hamba dalam hidupnya, maka wajib bagi seorang hamba untuk mengetahui hal-hal yang mendatangkan kecintaan Allah.)

Saturday 20 October 2012

Jika aku jatuh hati.. :)



Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
PadaMu, agar bertambah
Kekuatanku untuk mencintaiMu..

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut
PadaMu agar tidak terjatuh aku
Dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padaNya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada
Seseorang yang merindui
Syahid di jalanMu...

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih
Dan terjatuh dalam perjalanan
Panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku
Merindui kekasihMu,jangan biarkan
Aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan
Rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin..

#Doaku...semoga kita sama-sama
berjaya di dunia dan akhirat...
Berjaya dalam mengharungi segala dugaan
dan cabaran...yang sememangnya menguji kekuatan iman..
kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta
yang selama ini telah hilang..


Tuesday 2 October 2012

YA ALLAH TABAHKAN HATIKU.... DGN SETIAP UJIAN YANG KAU BERIKAN..



Assalamualaikum,...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..