Wanita yang masih single ^_^
Pada
hakikatnya kehidupan ini adalah sebuah penantian. Seorang pelajar:
menanti selesainya peperiksaan dan pengumuman keputusan dengan penuh
debaran. Seorang pesakit: dengan penuh harapan menuggu penyakitnya
sembuh. Pasangan yang sedang bertunang: cemas menantikan saat
diijabkabulkan. Ibu yang sarat hamil: tertunggu-tunggu bilakah ketikanya
ia akan bersalin. Orang tua yang menunggu anaknya sedang membesar:
penuh dengan tandatanya “Apa yang akan terjadi pada anak-anak aku
apabila dewasa kelak?” Kesimpulannya: semua orang sedang menjalani masa
penantian dalam kehiduapnnya hinggalah nyawaynya berpisah dari jasad
kelak.
Bagi
seorang gadis pula, ada masa penantian yang seringkali menimbulkan
suasana panik iaitu menanti jodoh. Jodoh, maut dan rezeki adalah
ketentuan serta kehendak Allah semata-mata. Tidak ada sedikit pun hak
manusia untuk merampas ketentuan tersebut. Namun telah menjadi tabiat
manusia, ada kalanya ia terlupa dengan janji Allah. Apatah lagi apabila
mereka terus-menerus “diburu” dengan persoalan “Bila lagi nak makan nasi
minyak?” Apa yang hendak dijawab….??? Sedangkan jodoh yang dinantikan
tidak juga kunjung tiba.
Namun
begitu tanpa disedari, terselit juga tingkah laku yang tidak layak
dilakukan oleh wanita muslim yang ‘committed’ apabila usia merangkak
naik. Apabila calon suami tidak kunjung tiba. Misalnya mereka telah mula
menjadi sangat sensitif terhadap majlis atau diskusi mengenai walimah.
Ada yang tiba-tiba memberi alasan atau “cita-cita”: ingin kerja dulu,
menyara keluarga dan sebagainya baru mahu menikah. Padahal sebenarnya
ungkapan-ungkapan ini lahir disebabkan perasaan mereka yang telah
menanti.
Pernikahan
sememangnya bukan suatu yang fardhu. Tidak ada dosa atas seseorang yang
tidak bernikah selama dia tidak menentang sunnah Rasul ini. Oleh itu,
sekarang atau akan datang kita akan menikah bukanlah masalah utama.
Namun paling penting yang mesti dilakukan adalah mengisi detik-detik
penantian ini dengan aktiviti-aktiviti positif sebagai suatu persiapan
menghadapi hari mendatang.
Apa
sahaja persiapan yang disediakan mestilah bermula dari hati. Kebersihan
hati akan menjadikan seseorang itu tenang ketika melangkah. Istilah “anak dara tua atau andartu atau perawan tua” tidak
akan menganggu gugat perjalanan kehidupannya malah tidak akan sama
sekali menjadikan dia berpaling daripada medan dakwah. Walaupun tiada
jodoh di dunia, yakinlah Allah akan menggantikannya di akhirat sesuai
dengan tingkatan amal kita.
No comments:
Post a Comment