Friday 23 November 2012

Jangan Tanya Kenapa.....

Bismilillahirrahmanirrahim Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatu..Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini...bukan untuk menyambung dosa2 semalam.tapi utk menyambung amal ibadat kita dan muhasabah diri kita tentang tujuan kita hidup di bumi ini...Alhamdulillah...Dah lama rasanya saya nk karang blog tentang diri sy sendiri tapi tak buat2...heheheh...busy dgn keja,busy nak lupakan seseorang yg pernah berada dihati...huhuhu...skg hilang entah kemana sy pun tak thu...smga Si Dia dlm peliharaan Allah (fi hifzillah) Insya'Allah...Alhamdulillah,sedikit sebanyak sy dpt lupakan Si Dia...Ameen...
Ehhh...mcm dh merapu je nie...maaf ye..Apa yg ingin saya kongsikan disini bukan utk membangga2kan diri...tidak sama sekali...Niat cuma ingin luahkan apa yg sudah lama terpendam dihati ini... :)

Siapa nak baca,teruskan jela...tak berminat nk baca terpulang pada diri sendiri ye...hmmm...dlm otak nie terfikir-fikir nak buat tajuk apa...tiba2 dtg ilham baru yang bertajuk "JANGAN TANYA KENAPA"..
alhamdulillah...siap juga...baca la tentang perubahanku sikit demi sedikit...Insya'Allah... :)


Dulu, aku hanya wanita biasa yang sering melakukan dosa, sibuk dengan hal duniawi. Jarang sekali aku memikirkan hal akhirat. Sampai satu ketika, hidayah itu datang. Alhamdulillah kerana Allah memilih diriku untuk ke arahNya.
Di penjuru usia, aku menangisi akan semua dosa yang telah ku lakukan. Aku cuba bangkit untuk melakukan perubahan. Aku mula lakukan perubahan sedikit demi sedikit. Sudah pasti apabila seseorang itu melakukan penghijrahan, dugaan akan datang. Aku akur. Orang sekeliling akan sedikit merasa pelik dengan perubahan yang ada.
 "Kenapa engkau berubah.."
"kenapa alim sangat sekarang..."
"Kenapa itu dan kenapa begini? "
Pelbagai persoalan dan respons yang akan telah ku terima. Pada kawan-kawan yang memahami, mereka hanya tersenyum dan mendoakan dalam hati. Tapi pada mereka yang seakan kurang puas hati, mereka mula mempersoalkan.
Pada mulanya aku selalu terfikir,  bagaimana untuk aku hadapi mereka? Sememangnya keadaan itu mulanya sedikit melemahkan aku. Aku sering menangis. Pada Allah aku luahkan. Aku mohon hati aku dikuatkan dan mohon aku istiqamah dalam melakukan perubahan. Alhamdulillah, tidak lama kemudian mereka semua senyap seolah-olah dapat menerima perubahan diri aku.
Sahabat-sahabatku, inginku suarakan rasa hati ini. ''Jangan ditanya kenapa aku berubah, tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah".  Manusia akan berubah bila--bila masa saja dan mereka berubah kerana untuk mendapat redha Allah. Apabila seseorang itu ingin berubah, berilah semangat kepada mereka.
Walaupun mungkin kita bukanlah muslimah yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya setiap pertanyaan dan reaksi kita jangan sampai melemahkan orang yang ingin berubah.  Perubahan itu perlu dilakukan, bukan kerana suka-suka, tapi kerana Allah. Kalau dulu kita mungkin kurang baik, kita boleh berubah untuk jadi yang lebih baik.
Adalah lebih baik kita mendoakan sahabat yang ingin berhijrah dari kita mempersoalkan perubahan itu. Dan jika kita mempersoalkan perubahan seseorang itu ibarat kita mempersoalkan kepada Allah. Satu hari nanti, kalian yang lain pun akan berubah dengan izin Allah.


Berusaha lah untuk mencari hidayah Allah dan sentiasa bersangka baik kepada orang lain. InsyaAllah, nikmat berhijrah pasti dirasai. Yang bertudung pendek akan rasa selamat bila bertudung lebih sempurna tanpa memperlihatkan bayangan leher dan rambut. Yang meninggalkan solat akan rasa tenang bila melakukan solat, dan yang mengabaikan al-quran dan sunnah akan terasa dekat dengan Allah dan rasul bila membaca dan memahami.
InsyaAllah, kepada rakan-rakan di luar sana yang sentiasa menyokong terima kasih diucapkan, hanya Allah saja yang dapat balas jasa kalian. Berubahlah selagi ada masa dan berubahlah dengan hati yang ikhlas kerana Allah...Insya'Allah...klu niat kita baik,Allah akan permudahkan.. :)

Wednesday 14 November 2012

Lafazkanlah _ Rahayudean





Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Lafazkanlah kasih Kalimah cinta
Lafazkanlah saja Rindu milik kita
Kerana hati ini Hanyalah buatmu
Setulus hati ku Ku serah padamu
Oh kekasih

Kekasih janganlah kau pergi
Kerana ku menyayangi mu
Kerinduan ini hanyalah untuk mu
Percayalah ku cinta padamu
Moga realiti bukannya mimpi

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Saturday 10 November 2012

Kelebihan Bulan Muharram

 Bismilillahirrahmanirrahim Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang AssalamualaikumWarahmatullahiWabarakatu...Tak lama lagi umat islam akan menyambut tahun baru dalam islam iaitu Awal Muharram..Pesan pada diri sendiri dan pada kawan2 semua...Semoga thun yg sebelum ini mengadi pengajaran pada diri kita dan thun yg bakal tiba akan mendidik kita supaya menjafi lebih baik..Insya'Allah...

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.




Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.
Hikmah bulan haram
Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.
‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.
” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.
Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”
Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)