khas buat diriku dan teman-teman :)
Sms,
call dan chattng siang malam akhirnya mengheret si dara dan si teruna
yang saling merindu dan bercinta untuk berdating.. awalnya sekali
sahaja..kemudian berkali-kali..
“ayang..abang sanggup lakukan apa sahaja untuk ayang..”janji si teruna..
“ayang juga sanggup serahkan jiwa dan raga untuk abang..” balas si dara dengan wajah berbunga-bunga..
“jika benar kata ayang..ape buktinya??”
Sudah!!
Kuat
sekali magnet teruna dan dara. Tidak hairanlah Allah melarang
menghampiri zina sama ada dengan hati, lisan ataupun perbuatan, apatah
lagi berzina.. sama ada sengaja ataupun tidak.. bercinta sebelum kahwin
amat terdedah kepada “ nyamuk2 ikhtilat”..(pergaulan bebas yang
menghampiri zina..
Pernahkah
kata dan janji seindah teruna dan dara kita lafazkan kepada Pencipta
cinta ?? bukankah dia yang terlalu mencintai kita lebih berhak mendapat
cinta kita ? dimanakah Allah di hati kte??
Fahamkah Kita Apa Itu Cinta?
Semua
orang tahu bahawa cinta teragung itu ialah cinta kepada Allah..
mencintai sesuatu itu pula mestilah kerana Allah.. tetapi, kenapa
“pengetahuan” yang sudah sedia tersebar itu masih menyaksikan ramai
manusia mensiakan peraturan cinta oleh-Nya?? Ya, manusia sering tahu
secara tepat tetapi tidak jelas..
Apa itu cinta?? Apakah pula yang patut kita faham tentang cinta?
Imam
Ibnu Qayyim al-Jawziyah mencoret dalam catatannya Rawdah al-Muhibbin wa
Nuzhah al-Mushtaqin(Taman orang yang cinta dan rindu) bahawa ada lebih
60 istilah yang dikaitkan dengan cinta..
Antaranya
ialah al-mahabbah(kasih sayang), al-tatayyum(perhambaan),
al-sabwah(rindu yang cendorong kepada kebodohan) , al-ishq(asyik),
al-hawa(keinginan) dan banyak lagi..
Daripada 60 istilah yang pelbagai ini, cinta boleh diibaratkan kepada tiga kiasan:
(1) Ada kalanya cinta menjadi seperti singa dan pedang..
Cinta ini menjadikan yang hina menjadi mulia, yang miskin menjadi kaya jiwa, yang
kaya menjadi dermawan dan yang melarat menjadi terhormat. Inilah
cinta yang ALLAH reda iaitu cinta kepada Allah , Rasulullah , ilmu ,
keluarga, perjuangan dan seumpamanya.
(2) Ada kalanya cinta menjadi bencana besar.
Mengundang
1001 akibat, sengsara, derita, dan penyesalan. Cinta inilah yang
menjatuhkan se0rang pemimpin hebat seperti Bill Chilton kerana seorang
wanita bernama Monica Lewinsky. Begitu juga cinta ini merosakkan
populariti si Raja Golf Dunia, Tiger Woods kerana skandal seksnya
dengan ramai wanita..
(3) Ada kalanya juga cinta menjadi seperti arak yang memabukkan..
Khayal
dan tenggelam. Hilang arah dan pedoman. Inilah cinta sebelum pernikahan
. cinta ini banyak ditagih oleh anak-anak muda pada zaman ini.
Keasyikan mereka membuatkan akal yang mabuk tidak mampu menikmati
lazatnya nasihat.
Cinta Fitrah
Prof.
Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya al-Islam wa al-hub menulis:
“cinta itu ialah kecenderungan kepada sesuatu.” Wujudkah manusia sihat
yng tidak cenderung kepada sesuatu?
Rasa
minat ,kagum, rindu, teringat,suka,cinta dan sayang kepada seseorang
ialah fitrah setiap insane. Perasaan indah ini singgah mengusap di
setiap hati. Tiada siapa terkecuali. Itu petanda seseorang itu normal
dan sihat. Fitrah ini akn tetap fitrah apabila ia berhias istighfar dan
mujahadah.
Soal
cinta amat akrab dengan soal hati . oleh sebab itulah hati perlu
berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan
istighfar. Bimbang rasa suka , cinta dan sayang yang suci itu terheret
menjadi rase ingin selalu berbalas sms, call dan kerap berjumpa.
Setiap dosa besar bermula dengan dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula pada dosa hati.
Tidak
hairanlah Rasulullah dan generasi salafussoleh amat berhati-hati
menjaga hati dan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka
bukanlah berdosa.
Daripada
al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: “wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar)
kepada Allah . sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada Allah
100 kali setiap hari.” (riwayat muslim)
Daripada
Abu Hurairah , dia berkata,aku mendengar Rasulullah bersabda yang
bermaksud: “demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat
kepada Allah dalam satu harilebih daripada 70 kali.” (riwayat
al-Bukhari)
Cinta fitnah
Hati
yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarahkan anggota badan seperti
lidah, tangan , kaki, mulut, telinga untuk bertindak bertentangan
dengan panduan syariat. Apabila lisan dan perbuatan mula melaksanakan
arahan hati, ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Fitrah
boleh dinodai serakah. Walaupun hati akur bahawa fitrah cinta ialah
anugerah Allah, ironinya, hati juga ingkar bahwa fitrah cinta itu ada
peraturannya daripada Allah. Apa-apa yang ALLAH haramkan , dilakukan.
Apa-apa yang ALLAH perintahkan, ditinggalkan. Demi cinta , segalanya
menjadi “halal” belaka. Kerana si dia, ALLAH dipersiakan..
Urusan
antara lelaki dan perempuan pada asalnya dibolehkan. Namun, ramai orang
yang beralasankan “urusan” untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.
Call,sms, dating,chatting tanpa urusan kian membarah sebagai budaya.
Sekadar ingin bertanya antara teruna dan dara”
“dah makan ke???”
“tengah buat apa tu??”
“esok nak pakai baju warna ape??”
“dah tidur ke??”
Adakah ini dikatakan urusan ??perlukah berurusan dengan soalan-soaln ini??
Bukankah ini boleh mengheret seseorang kepada langkah seterusnya??
Adakah ini boleh membawa seseorang makin ingat atau pun sebaliknya makin lalai kepada ALLAH.??
Wallahu’alam..
Cinta Barakah
cinta
fitrah yang dipelihara kesuciannya akan berbuah barakah. Barakah itu
mungkin di dunia , mugkin juga diakhirat. Lebih indah jika barakah itu
pada keduanya sekali, di dunia dan akhirat.
Orang
yang mempersiapkan diri dengan peribadi Muslim insya-Allah akan
dianugerahkan bait al-Muslim(rumah tangga muslim). Orang yang berusaha
menjadi soleh, insya ALLAH akan dimudahkan ALLAH mendapat orang yang
solehah..
Cinta
yang barakah akan terus bersemarak indah dalam ikatan nikah .ia
melengkapkan separuh agama . namun andai tiada jodoh di dunia, cinta
fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk
lazatnya “reda” pada ketentuan-nya..
Perkahwinan
bukanlah matlamat cinta. Ia Cuma alat untuk lebih mudah mendapat
cinta-nya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau
tidak, ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapat cinta ALLAH.
Dialah sebenarnya hakikat cinta..!!