Wednesday 31 October 2012

KeRaNa Si DiA aLLaH DiPeRsIa..Astagfirullah Al Azim

khas buat diriku dan teman-teman :)

Sms, call dan chattng siang malam akhirnya mengheret si dara dan si teruna yang saling merindu dan bercinta untuk berdating..  awalnya sekali sahaja..kemudian berkali-kali..

“ayang..abang sanggup lakukan apa sahaja untuk ayang..”janji  si teruna..

“ayang juga sanggup serahkan jiwa dan raga untuk abang..” balas si dara dengan wajah berbunga-bunga..

“jika benar kata ayang..ape buktinya??”

Sudah!!

Kuat sekali magnet teruna dan dara. Tidak hairanlah Allah melarang menghampiri zina sama ada dengan hati, lisan ataupun perbuatan, apatah lagi berzina.. sama ada sengaja ataupun tidak.. bercinta sebelum kahwin amat terdedah kepada “ nyamuk2 ikhtilat”..(pergaulan bebas yang menghampiri zina..


Pernahkah kata dan janji seindah teruna dan dara kita lafazkan kepada Pencipta cinta ?? bukankah dia yang terlalu mencintai kita lebih berhak mendapat cinta kita ? dimanakah Allah di hati kte??


Fahamkah Kita Apa Itu Cinta?

Semua orang tahu bahawa cinta teragung itu ialah cinta kepada Allah.. mencintai sesuatu itu pula mestilah kerana Allah.. tetapi, kenapa “pengetahuan” yang sudah sedia tersebar itu masih menyaksikan ramai manusia mensiakan peraturan cinta oleh-Nya?? Ya, manusia sering tahu secara tepat tetapi tidak jelas..


Apa itu cinta?? Apakah pula yang patut kita faham tentang cinta?
Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah mencoret dalam catatannya Rawdah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Mushtaqin(Taman orang yang cinta dan rindu) bahawa ada lebih 60 istilah yang dikaitkan dengan cinta..

Antaranya ialah al-mahabbah(kasih sayang), al-tatayyum(perhambaan), al-sabwah(rindu yang cendorong kepada kebodohan) , al-ishq(asyik), al-hawa(keinginan) dan banyak lagi..

Daripada 60 istilah yang pelbagai ini, cinta boleh diibaratkan kepada tiga kiasan:

(1) Ada kalanya cinta menjadi seperti singa dan pedang..

Cinta ini menjadikan yang hina menjadi mulia, yang miskin menjadi kaya jiwa, yang               kaya menjadi dermawan dan yang melarat menjadi terhormat. Inilah cinta yang ALLAH reda iaitu cinta kepada Allah , Rasulullah , ilmu , keluarga, perjuangan dan seumpamanya.


(2) Ada kalanya cinta menjadi bencana besar.

Mengundang 1001 akibat, sengsara, derita, dan penyesalan. Cinta inilah yang menjatuhkan se0rang pemimpin hebat  seperti Bill Chilton kerana seorang wanita bernama  Monica Lewinsky. Begitu juga cinta ini merosakkan populariti si Raja Golf Dunia, Tiger  Woods kerana skandal seksnya dengan ramai wanita..


(3)  Ada kalanya juga cinta menjadi seperti arak yang memabukkan..

Khayal dan tenggelam. Hilang arah dan pedoman. Inilah cinta sebelum pernikahan . cinta ini banyak ditagih oleh anak-anak muda pada zaman ini. Keasyikan mereka membuatkan akal yang mabuk tidak mampu menikmati lazatnya nasihat.


Cinta Fitrah

Prof. Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya al-Islam  wa al-hub  menulis: “cinta itu ialah kecenderungan kepada sesuatu.” Wujudkah manusia sihat yng tidak cenderung kepada sesuatu?


Rasa minat ,kagum, rindu, teringat,suka,cinta dan sayang kepada seseorang ialah fitrah setiap insane. Perasaan indah ini singgah mengusap di setiap hati. Tiada siapa terkecuali. Itu petanda seseorang itu normal dan sihat. Fitrah ini akn tetap fitrah apabila ia berhias istighfar dan mujahadah.


Soal cinta amat akrab dengan soal  hati . oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang  rasa suka , cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rase ingin selalu berbalas sms, call dan kerap berjumpa.


Setiap dosa besar bermula dengan dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula pada dosa  hati.

Tidak hairanlah Rasulullah dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah berdosa.


Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a berkata, Rasulullah  s.a.w bersabda yang bermaksud: “wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah . sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepada Allah 100 kali setiap  hari.” (riwayat muslim)


Daripada Abu Hurairah , dia berkata,aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “demi  Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu harilebih daripada 70 kali.” (riwayat al-Bukhari)


Cinta  fitnah

Hati yang menjadi raja kepada jasad  boleh mengarahkan anggota badan seperti lidah, tangan , kaki, mulut, telinga untuk bertindak bertentangan dengan panduan syariat. Apabila lisan dan perbuatan mula melaksanakan arahan hati, ketika inilah fitrah menjadi fitnah.


Fitrah boleh dinodai serakah. Walaupun hati akur bahawa  fitrah cinta ialah anugerah Allah, ironinya, hati juga ingkar bahwa fitrah cinta itu ada peraturannya daripada Allah. Apa-apa yang ALLAH haramkan , dilakukan. Apa-apa yang ALLAH perintahkan, ditinggalkan. Demi cinta , segalanya menjadi “halal” belaka. Kerana si dia, ALLAH dipersiakan..


Urusan antara lelaki dan perempuan pada asalnya dibolehkan. Namun, ramai orang yang beralasankan “urusan” untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang. Call,sms, dating,chatting tanpa urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya antara teruna dan dara”
 

“dah  makan ke???”
“tengah buat apa tu??”
“esok nak pakai baju warna ape??”
“dah tidur ke??”


Adakah ini dikatakan urusan ??perlukah berurusan dengan soalan-soaln ini??
Bukankah ini boleh mengheret seseorang kepada langkah seterusnya??
Adakah ini boleh membawa seseorang makin ingat atau pun sebaliknya makin lalai kepada ALLAH.??

Wallahu’alam..


Cinta Barakah

cinta fitrah yang dipelihara kesuciannya  akan berbuah barakah.  Barakah itu mungkin di dunia , mugkin juga diakhirat. Lebih indah jika barakah itu pada keduanya sekali, di dunia dan akhirat.


Orang yang mempersiapkan diri dengan peribadi Muslim insya-Allah akan dianugerahkan bait al-Muslim(rumah tangga muslim). Orang yang berusaha menjadi soleh, insya ALLAH akan dimudahkan ALLAH mendapat orang yang solehah..


Cinta yang barakah akan terus bersemarak  indah dalam ikatan nikah .ia melengkapkan separuh agama . namun andai tiada jodoh di dunia, cinta fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk lazatnya  “reda” pada ketentuan-nya..


Perkahwinan bukanlah matlamat cinta. Ia  Cuma alat untuk lebih mudah mendapat cinta-nya. Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan atau tidak, ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapat cinta ALLAH. Dialah sebenarnya hakikat cinta..!!
 
 

No comments:

Post a Comment