1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan
orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih
ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
- ha, ini lah hikmah nya, kadang-kadang orang duk berleter kata itu tak
adil ini tak adil, tapi dsetiap disebalik yang berlaku pasti nya ad
hikmahnya yang tersendiri... sebenarnya, Allah nak suruh kita belajar
from all the mistaken.. kadang-kadang bila kita jumpa je the right
person utk diri kita, kita terus rakus tanpa mengingati Allah,
so bila Allah dah rancang macam ni, so nanti, bila kita jumpa the right
person, nanti kita akan ingat, o0o0ohhh,, Allah sebenarnya nak bagi yang
lebih baik utk diri aku sebenarnya...huhu.. ha,
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
- menjadi penilai yang bukan pengeji... Allah buat semua ini, untuk kita
ni menjadi penilai, yang mana baik yang mana buruk, kadang-kadang Allah
menemukan kita dengan seseorang tu, dalam pelbagai cara dan bentuk,
cuma kita sebagai manusia, kene pandai menilainya, either itu adalah
rahmat atau ujian...
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan
orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
- ha, ini most important jugak, nanti kalau kita dah jumpa orang yang
salah, kita akan sentiasa ingat kat Allah supaya bagi yang terbaik untuk
diri kita, Allah itu maha pengasih, dia tak nak semua makhluknya,
sesat.. so dia bagi sedikit ujian untuk mengembalikan kita on the right
way...
so bila berlaku sesuatu itu, jangan mudah melenting, sebaliknya,
muhasabah diri kita balik ya... kalau kita ingat Allah, insyaAllah Allah
banyak kali ingat kat hamba-hambaNya..
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan
orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan
- setiap orang dalam dunia ini, Allah dah tentukan jodoh masing-masing,
so tak perlu nak risau, cuma kita je perlu untuk mencari nya... and
jangan kita tak usaha pulak untuk mencari jodoh itu, kerana jodoh tidak
akan mengetuk pintu bilik kita untuk mencari tuannya..
kita hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang,
kadang-kadang kita rasa dia yang terbaik untuk kita, tapi sebenarnya
Allah dah sediakan lagi terbaiikk untuk diri kita, so bila kita
ditinggalkan o having some problem ngn seseorang smpai kene break off
tu, maknanya Allah, nak bagi yang lebih terbaik untuk diri kita.
kan Allah itu maha pemurah, so banyakkan meminta kepadaNya, jangan sombong k..
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan
orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.
- ya , ini penting juga.. pengalaman, we learn from pengalaman..
kadang-kadang tak semua orang akan merasa apa dia yang kita rasa.. so
satu advance kat diri kita bila Allah menguji kita dengan menemukan kita
dengan orang yang salah.. bukan saje2.. tapi adalah untuk mengajar kita
the path of life... yeaahh..
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
- jiwa yang hebat.. ~!!! itu yang kita cari... jika jiwa kita lemah
bagaimana nak membimbing orang lain apabila kita sudah berkahwin
kelak... kematangan jiwa itu, harus kita pupuk daripada sekarang, bukan
nanti dah kahwin, ooh,, baru nak pupuk...
from now began.. so on your mark get set, and goo.. mulakan mencari kematangan dan kehebatan jiwa anda..~~!!
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan
orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK
HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
-ya kawan-kawan.. cinta yang satu hanya MILIK ALLAH, dialah pemilik
segala cinta... dia yang menciptakan cinta dan kasih sayang, so Dialah
cinta yang terbaik mesti dan pasti ada padaNya, so semua.. apa tunggu
lagi.. jangan duk nak semak2 nak cari cinta manusia....
tapi cari cinta Allah, insyaAllah, Allah akan memberikan cinta yang terbaik untuk diri kita..
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
- ya, betul tu.. ALLAH nak kita kenal siapa kita di muka bumi Allah
ini.. dan mahu kita kembali kepada fitrah kehidupan kita... kehidupan is
tooo short.. memang manusia menjadikan umu sebagai kayu ukur dalam
menilai kehidupan, tapi sebnarnya, hidup ni tak lama, dan tak selamanya
kekal..
so sementara kita masih diberi kesempatan untuk hidup lagi ini,
bersyukurlah, dengan sgala nikmat, dan letak kan setinggi kepergantungan
kita kepada Allah..
dalam urusan mencari cinta, carilah cinta yang Agung dahulu, insyaAllah
kita akan bertemu dengan cinta manusia.. usaha itu penting, jangan hanya
duduk di bilik, berdoa, tetapi tiada usaha..
thats itss...
Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah
keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan
laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg
menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA
No comments:
Post a Comment